Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Pautan / Link / Notis
Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Eb442

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA... Selamat Hari Guru

--------------------------------

LINK BERGUNA
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR

FROG VLE

------------------------------
JPN Sabah
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
----------------------------

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

UPSR 2018... murid2 T6, bersedialah... jgn buang masa... selamat berjaya...

Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Icon_n13BILANGAN MURID
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Prasekolah : 200,684
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
JUMLAH : Lelaki *,***,*** & Perempuan *,***,***
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 22 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 22 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)
by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm

» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm

» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm

» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am

» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm

» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm

» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm

» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm

» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am

» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am

» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am

» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am

» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am

» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm

» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm

USEFUL LINKS
IKON SKTT
Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Berikanper Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Ikon_j10 Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Ikon_a11 Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Ikon_a12 Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Ikon_s12 Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Ikon_j10 Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Ikon_a11

Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah

Go down

Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah Empty Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah

Post by Admin Fri Nov 09, 2012 10:02 pm

Koleksi 'Point' Pembudayan ICT di Sekolah

Sumber: Internet (belum ditapis)

  1. Mengadakan prasana yang sesuai dan cukup bagi kemudahan warga sekolah Kursus dan pendedahan harus diberikan kepada semua guru dan staf sekolah
  2. Murid-Murid perlu didedahkan melalui program IT di sekolah
  3. Membudayakan IT melalui arahan dan segala urusan yang ada di sekolah sebagai contoh segala pertanyaan dan lain-lain menggunakan facebook, kertas kerja dan laporan hendaklah diemailkan ( soft copy ) kepada Guru Besar; dengan sendiri guru perlu belajar dan lama-lama kelamaan akan mahir dan menjadi sartu budaya di sekolah.
  4. Mewujudkan laman web atau sosial networking ( facebook ) atau blog untuk ibubapa, guru dan murid, dimana ada perhubungan dua hala diantara Guru Besar dengan guru; Guru Besar dengan Ibubapa; Guru Besar dengan murid; Guru dengan ibubapa; Guru dengan murid, secara tidak langsung akan membudayakan IT
  5. Menjadikannya nadi kepada segala urusan di sekolah.
  6. Peruntukan yang besar harus diberikan kepada bahagian ini kerana teknologi memerlukan perkembangan terkini dan melibatkan kos yang agak tinggi untuk sampai ke seluruh pelosok tanah air.
  7. Tenaga pengajar perlu sentiasa 'update' ilmu teknologi agar kita tidak ketinggalan dalam mengejar pendidikan bertaraf dunia.
  8. Infrastruktur terutama di kawasan luar bandar harus diberi perhatian agar teknologi ini sampai ke semua peringkat di akar umbi.
  9. Bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia dengan komunikasi tanpa sempadan, hanya teknologi yang mampu menyelesaikan permasalahan yang ada. Pelajar harus diberi pendedahan agar mereka lebih mesra "telnologi"
  10. Guru-guru perlu diberi latihan yang mencukupi cara penggunaan bahan media (teknologi) dalam pengajaran dan pembelajaran.
  11. Penggunaan bahan teknologi di sekolah dipermudahkan - memininumkan karenah birokrasi.
  12. Memastikan setiap guru menggunakan bahan teknologi dalam setiap p&p.
  13. GB sebagai mentor atau contoh kepada guru-guru dalam membudayakan teknologi dalam p&p.
  14. GB perlu memastikan alat-alat teknologi di sekolah berada dalam keadaan siap siaga untuk digunakan oleh guru-guru.
  15. Bagi seseorang guru besar, beliau seharusnya berusaha untuk menjadikan diri beliau sebagai 'role model' kepada staf yang lain agar menjadikan semua staf celik IT.
  16. Bagi seseorang guru besar yang lemah dalam menerokai dunia cyber, beliau seharusnya belajar.
  17. Dengan kemudahan yang banyak dibekalkan oleh KPM, seharusnya guru besar yang berkemahiran menggunakan komputer perlu menilai terlebih dahulu isi kandungan yang terdapat di dalam bahan itu.
  18. Kepada guru2, seseorang guru besar seharusnya memainkan peranan yang lebih agresif agar semua guru berkemahiran tinggi agar semua bahan yang dibekalkan oleh KPM tidak terbiar begitu sahaja.
  19. Kepada guru media, beliau seharusnya diberikan kebebasan agar dapat meneroka dunia IT di samping mencari maklumat2 terkini dan tidak bergantung kepada bahan2 sokongan yang dibekalkan oleh KPM.
  20. Pentadbir perlu ada asas ICT dan berminat dalam bidang tersebut.Memahami keperluan dan kepentingan pembudayaan teknologi dalam pendidikan masa kini.Pentadbir juga mempunyai komitmen yang tinggi untuk
    merealisasikan pembudayaan teknologi di sekolah.
  21. Sekolah perlu ada prasarana dan kemudahan yang yang cukup dan berfungsi dengan baik.
  22. Guru-guru perlu ada sekurang-kurangnya asas ICT dan mampu menterjemahkan kemahiran ICT dalam P & P kepada para pelajar dalam proses pengajaran.
  23. Para pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran ICT, kepentingan dan kemudahan yang didapati melalui
    pembudayaan teknologi ICT dalam pembelajaran mereka.
  24. Pentadbir sekolah perlu meyakinkan ibubapa tentang kepentingan pembudayaan teknologi ini supaya keperluan asas seperti komputer dan internet dapat di adakan dirumah untuk keperluan anak-anak mereka.
  25. Persediaan minda pentadbir untuk menerima pelaksanaan program ini.
  26. Pentadbir sediakan kemudahan untuk laksanakan program ini.
  27. Pentadbir usahan dapatkan dana khas untuk laksanakan program ini.
  28. Sediakan latihan yang mencukupi kepada semua guru dan kakitangan.
  29. Amalkan penggunaan teknologi dan multimedia dalam semua program sekolah.
  30. Semua aktiviti di sekolah divideokan untuk dijadikan simpanan dan contoh.
  31. Menggalakkan guru menghadiri kursus ICT
  32. Menggalakkan guru menggunakan ICT dalam P&P
  33. Berusaha mendapatkan dana dari pihak swasta bagi menampung perbelanjaan pembelian peralatan ICT
  34. Mempastikan penggunaan teknologi dalam setiap mesyuarat guru, PIBG, Kecemerlangan dan Motivasi.
  35. Guru Besar sendiri perlu mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang teknologi terkini.
  36. Pentadbir jangan asyik bagi alasan tidak tahu menahu tentang teknologi dan suka bergantung kepada subordinatnya.
  37. Pentadbir mengambil inisiatif sendiri untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang teknologi yang diguna pakai di peringkat sekolah.
  38. Pentadbir mesti mengusahakan diri untuk menghadiri kursus,seminar dan bengkel untuk memahirkan dan mendekatkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan.
  39. Guru-guru yang sedia mempunyai kemahiran teknologi di dalam sekolah mesti dihargai pengetahuan mereka.
  40. Guru-guru yang ada sekarang perlu berada dalam semua situasi iaitu dibawah pentadbiran Akedemik, HEM dan kokum. Pihak pentadbir sekarang perlu menilai dalam ketiga-tiga aspek untuk memberi markah prestasi. Kalau pemberatan seseorang guru itu hanya akademik sahaja, hadkan kepada maksimun 5 tahun di bawah pentadbiran akademik selepas itu letak pengurusannya di bawah HEM atau kokum pula begitulah seterusnya untuk 5
    tahun berikut. Pastikan setiap kenaikan pangkat perlu melalui proses ini. Kursus perlu kepada pecahan bidang pentadbiran disekolah untuk ketiga-tiga tersebut sebagai syarat untuk naik pangkat.
  41. Prestasi Guru Besar perlu dinilai melalui 3 bidang tersebut secara tetap dan mendotari. Tujuan ini supaya Guru Besar tidak menekankan hanya kepada satu-satu kecenderungan sahaja.
  42. Pihak sekolah perlu menubuhkan satu team IT. Kursus dalaman, bengkel harus sentiasa diadakan. Kempen kesedaran IT juga harus diadakan untuk semua warga sekolah dan ibibapa pelajar. Sekolah juga harus mengamalkan cara komunikasi melalui e-mail, facebook, groups dan sebagainya. Penggalakan e-learning juga harus diambil berat. Pihat
    sekolah mesti menitik berat pengajaran ICTL.
  43. Wujudkan sudut IT di sekolah supaya murid-murid dapat mengakses komputer dari semasa ke semasa.
  44. Perkongsian hasil bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh guru atau BBM guru dijadikan bahan rujukan yang sentisa dan senang dirujuk oleh semua.
  45. Tayangan video atau CD yang berasaskan pendidikan ditayangkan sewaktu murid rehat atau beriadah pada waktu rehat atau sebelum atau pada waktu menunggu.
  46. Mainkan muzik atau lagu, contoh "inner talk" pada sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian dan perubahan tingkah laku dalam proses P&P.
  47. Bekalkan setiap guru dan setiap kelas dengan komputer atau laptop agar mereka dapat menggunakan kemudahan teknologi ini dengan senang dan berkesan dalam bilik darjah.
  48. Guru Besar mesti bertindak sebagai perancang, pembimbing, pemudahcara, pelaksana dan pengguna.
  49. Aktivit-aktiviti yang dijalankan perlu menggunakan ICT.
  50. P&P mesti diselitkan dengan powerpoint ataupun videoclips.
  51. Guru dengan Guru Besar berhubung dengan kemudahan email , face book dan sebagainya apabila tidak dapat jumpa untuk perbincangan rasmi.
  52. Menayangkan clips-clips berunsur pendidikan di waktu rehat untuk tontonan warga sekolah.
  53. Segala 'presentation' daripada saya dan guru mesti menggunakan ICT dan saya sebagai guru besar memastikan semua guru diberi pendedahan dalam ICT.
  54. Kita sebagai pentadbir mesti mempunyai minat yg. mendalam tentang penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  55. Sediakan kemudahan yang mencukupi di sekolah bg memudahkan pengunaannya.
  56. Pastikan guru mendapat pendedahan yang mencukupi.
  57. Dapatkan bantuan pihak luar yg. mahir dalam bidang ini untuk merialisasikan pembudayaan teknologi pendidikan.
  58. Murid-murid perlu diberi pededahan yg mencukupi tentang teknologi pendidikan.
  59. Menyediakan dan melengkapkan peralatan dan perisian yang diperlukan seperti komputer, LCD, talian internet dan lain-lain yang berkaitan di satu tempat yang boleh diakses oleh guru dan pelajar.
  60. Mengadakan kursus-kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam penggunaan teknologi dan literasi maklumat secara efektif.
  61. Menggalakkan guru-guru menggunakan emel dalam pengurusan p&P antara guru dan guru, guru dan murid, guru dan ibu bapa.
  62. Menggalakkan guru-guru memberi tugasan kepada murid-murid berasaskan pencarian maklumat melalui internet.
  63. Mewujudkan blog/portal dalam penyampaian informasi dari semasa ke semasa dan mendapatkan pandangan daripada guru, ibu bapa dan murid.
  64. Pentadbir memartabatkan diri dengan ilmu teknologi mengikut arus masa seperti mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar.
  65. Mengurangkan jurang digital diri dengan guru-guru supaya tidak ketinggalan dengan cara mengikuti segala perkembangan dunia teknologi.
  66. Mengambil cabaran menggunakan prasarana teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi teladan kepada para pendidik yang lain
  67. Berurusan dan berkomunikasi gunakan teknologi
  68. Mengadakan inhouse training dari masa ke masa supaya semua warga sekolah menjadi celik dengan budaya teknologi
  69. Memberi galakan kepada guru-guru untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran
  70. Melengekapkan infrastruktur dan peralatan bagi pembelajaran menggunakan teknologi
  71. Menghantar guru-guru berkursus tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan.
  72. Mendedahkan kepada murid tentang penggunaan teknologi terkini dan memberikan peluang kepada mereka untuk mencuba.
  73. Mengadakan peluang/ruang/atau pertandingan menghasilkan bahan-bahan pengajaran menggunakan pelbagai media dalam subjek tertentu dan memberi ganjaran yang sewajarnya.
  74. Pentadbir harus ada kemahiran ICT dan tahu untuk menggunakan peralatan ICT.
  75. Guru-guru diberi pendedahan dari masa ke semasa tentang ICT dalam p&p
  76. Penyediaan prasarana dan peralatan secukupnya.
  77. Pelajar perlu didedahkan dan dimaklumkan bahawa untuk mendapatkan maklumat bukan sahaja dari buku dan akhbar malahan melalui ICT maklumat yang diperolihi lebih meluas dan terkini.
  78. Penggunaan ICT adalah trend masa kini dalam dunia pendidikan, mudah kepada guru dan pelajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara.
  79. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu menggunakan teknologi ICTsepenuhnya seperti powerpoint, movie maker untuk memudahkan keberkesanan P&P.
  80. Dokumentasi dan sistem fail sekolah seharusnya menggunakan teknologi ICT untuk menjadikan pengurusan sekolah lebih efektif.
  81. Penggunaan laman web atau blog sekolah untuk memudahkan ibubapa mendapat maklumat terkini dan adanya interaksi antara sekolah-ibubapa sepanjang masa.
  82. Perlunya diperluaskan penggunaan internet seperti facebook dan friendster dikalangan warga sekolah untuk memudahkan interaksi guru-ibubapa-pelajar dan mencari maklumat tentang P&P.
  83. Pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam P&P.
  84. Guru Besar itu sendiri haruslah mempunyai ilmu dalam mengendalikan peralatan multimedia disekolah. Pendedahan ini boleh diperolehi oleh beliau dengan menghadiri kursus-kursus yang dikendalikan oleh kementerian, bahagian teknologi pendidikan atau kursus-kursus yang dihadiri oleh kami di UKM.
  85. Guru Besar perlu mengurangkan jurang digital diantara guru-guru dengan mengadakan komunikasi yang baik dengan
    guru-guru yang mahir dengan ada kemahiran teknologi.
  86. Guru besar perlu sentiasa peka kepada prasarana-prasarana multi media yang terkini.
  87. Guru besar perlu menerokai bidang teknologi pendidikan dengan berani dan meluangkan masa untuknya
  88. Guru besar perlu adakan perkembangan staf untuk guru tentang penggunaan teknologi pendidikan dalan P&P dengan menjemput tenaga mahir dalam teknologi pendidikan.
  89. Menyediakan kemudahan komputer,internet,peralatan ICT yang mencukupi.Penggunaannya haruslah tanpa batasan.
  90. Membudayakan IT dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
  91. Memperkenalkan facebook,blogspot,email dan frenster kepada warga sekolah.Mengalakan pengunaannya.
  92. Guru-guru perlu diberi pendedahan IT dalam latihan perkhidmatan.Memastikan guru -guru amalkan penggunaan ICT dalam P&P.
  93. Sebagai ketua organisasi harus lebih mahir dalam IT dan menjadi contoh kepada yang lain.
  94. menunjukkan minat terhadap Penggunaan Teknologi dalam Pengurusan, ia menjadi model kepada subordinant.
  95. Wajibkan penggunaan media Teknologi dalam Proses Pengajaran dan
    Pembelajaran dan diteruskan dengan pemantauan yang berterusan.
  96. Mengadakan kursus dalaman kepada semua guru sebagai pendedahan dan penyerapan ilmu Teknologi Pendidikan.
  97. Mengadakan sesi bengkel penyediaan bahan Tenologi untuk P & P yang menarik.
  98. Mengadakan perkembangan staf kepada semua guru untuk menyuntik semangat penggunaan ilmu Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  99. Saya sebagai guru besar perlu menunjukkan sikap yang positif dan berinisiatif dalam mempelajari dan mengetahui tentang teknologi pendidikan.
  100. Menggalakkan guru data menjadi sumber maklumat teknologi pendidikan semasa dan menyampaikan maklumat terkini kepada warga sekolah.
  101. Menyediakan kemudahan seperti bilik komputer dengan kemudahan LCD supaya murid-murid dapat mempelajari penggunaan komputer khasnya di sekolah luar bandar SJKT yang murid-muridnya tiada kemudahan komputer di rumah. ( Saya telah mengusahakanya dengan bantuan Orang Perseorangan - Bilik Komputer yang ada 6 komputer - Sekolah SKM )
  102. Ada sekolah yang tiada kemudahan talipon, fax mesin dan internet khasnya SKM ( Sekolah Kurang Murid ) di Luar Bandar. Pihak Pengurusan Sekolah boleh meminta bantuan PIBG atau bantuan perseorangan untuk memperuntukkan broadband maxis atau celcom bagi melayari internet untuk menimba maklumat.
  103. melalui tayangan TV pada masa rehat atau paparkan maklumat yang dicetak dari internet di papan kenyataan sekolah.
  104. Memberi pendedshan tentang penggunaan bahan teknologi yang berkaitan dengan pendidikandan kebaikan-kebaikan yang didapati daripadanya.
  105. Berusaha mendapatkan bantuan kewangan dan juga bantuan teknikal untuk menyelenggara bahan teknologi yang ada. Ini penting untuk mewujudkan pembudayaan teknologi yang berterusan.
  106. Rancangan Pengajaran harian harus mempunyai catitan dan cara penggunaan bahan teknologi pendidikan dalam P&P
  107. Pemantauan yang berterusan tentang sikap guru terhadap penggunaan teknologi pendidikan boleh mengubah minda guru terhadap pembudayaan teknologi.
  108. Jawatankuasa pembudayaan teknologi boleh diwujudkanuntuk memantapkan pembudayaan teknologi di sekolah
  109. Pengetua dan Guru Besar perlu mempunyai kesedaran untuk menguasai bidang ICT.
  110. Pentadbir perlu memastikan Guru-guru dan Staf mempunyai kemahiran dalam ICT.
  111. Kursus-kursus yang berkaitan dengan ICT perlu diadakan untuk memastikan guru-guru dan staf diberi pendedahan tentang kepentingan ICT.
  112. Pelajar-pelajar perlu diberi peluang untuk menggunakan kemudahan ICT di Sekolah untuk melahirkan pelajar yang celik IT.
  113. Penguasaan dan penggunaan yang baik dalam bidang IT mampu melahirkan masyarakat yang maju serta mampu melahirkan Sekolah yang baik dan berkesan.

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum