Ranking Portal SKTT
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Staf SKTT

Updated: 1 Feb 2012 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 95 on Mon Jul 25, 2011 11:41 am
Latest topics
» Unit Beruniform 2012
by Admin Yesterday at 11:07 pm

» Happy Teachers Day
by Admin Yesterday at 10:06 pm

» Pembaikan tandas -30april2012
by Admin Yesterday at 8:16 pm

» Projek pembinaan bangunan kelas 'kabin'
by Admin Yesterday at 8:14 pm

» Tugas Guru Penyelaras Bestari
by Admin Tue May 15, 2012 9:05 am

» Memasang kipas di kanopi -11mei2012
by Admin Mon May 14, 2012 9:01 pm

» JKR nyatakan bangunan kelas tdk selamat -9mei2012
by Admin Fri May 11, 2012 11:17 pm

» Pelancaran & Penerangan Program Star Buddies (home version) -5mei2012
by Admin Tue May 08, 2012 10:55 am

» Buletin Mei 2012
by Admin Wed May 02, 2012 8:06 pm

» Gelagat Guru2 & Staf SKTT
by Admin Wed May 02, 2012 5:26 am

» Buletin April 2012
by Admin Fri Apr 27, 2012 9:12 pm

» Penggabungan murid2 t6 intelek & bestari -april 2012
by Admin Fri Apr 27, 2012 9:05 pm

» Conteng buku teks -26april2012
by Admin Fri Apr 27, 2012 8:48 pm

» Papan notis anti dadah/rokok
by Admin Fri Apr 27, 2012 8:37 pm

» Pembahagian kumpulan belajar di rumah -27april2012
by Admin Fri Apr 27, 2012 8:29 pm

SK.Tuarid Taud ShoutMix
IKON SKTT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011

View previous topic View next topic Go down

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011

Post by Admin on Tue Mar 01, 2011 9:10 pm

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

sumber: http://skpemanis1.com

Admin
Admin

Posts: 3940
Join date: 2009-10-02

View user profile http://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum