Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Pautan / Link / Notis
Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Eb442

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA... Selamat Hari Guru

--------------------------------

LINK BERGUNA
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR

FROG VLE

------------------------------
JPN Sabah
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
----------------------------

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

UPSR 2018... murid2 T6, bersedialah... jgn buang masa... selamat berjaya...

Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Icon_n13BILANGAN MURID
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Prasekolah : 200,684
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
JUMLAH : Lelaki *,***,*** & Perempuan *,***,***
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 29 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 29 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)
by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm

» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm

» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm

» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am

» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm

» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm

» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm

» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm

» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am

» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am

» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am

» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am

» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am

» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm

» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm

USEFUL LINKS
IKON SKTT
Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Berikanper Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Ikon_j10 Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Ikon_a11 Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Ikon_a12 Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Ikon_s12 Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Ikon_j10 Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Ikon_a11

Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru

Go down

Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru Empty Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru

Post by Admin Mon May 24, 2010 10:49 am

Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru
Oleh Syuhada Choo Abdullah
2010/05/24

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/20100524063851/Article
Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’
yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas
pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.

Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.

“Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.

“Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah.

Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.

Dalam konteks ini, katanya, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.

“Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.

“Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua’ atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

INFO: Empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru

  • Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah
  • Mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan
  • Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar
  • Mewujudkan persatuan pesara guru

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum