Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Pautan / Link / Notis
Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Eb442

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA... Selamat Hari Guru

--------------------------------

LINK BERGUNA
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR

FROG VLE

------------------------------
JPN Sabah
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
----------------------------

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

UPSR 2018... murid2 T6, bersedialah... jgn buang masa... selamat berjaya...

Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Icon_n13BILANGAN MURID
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Prasekolah : 200,684
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
JUMLAH : Lelaki *,***,*** & Perempuan *,***,***
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)
by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm

» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm

» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm

» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am

» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm

» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm

» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm

» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm

» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am

» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am

» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am

» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am

» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am

» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm

» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm

USEFUL LINKS
IKON SKTT
Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Berikanper Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Ikon_j10 Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Ikon_a11 Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Ikon_a12 Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Ikon_s12 Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Ikon_j10 Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Ikon_a11

Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion

Go down

Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Empty Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion

Post by Admin Sat May 22, 2010 6:21 pm

Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lesenuntukguru/Article/

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius.

“Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan.

"Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Pengkalan Chepa, semalam.

Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu.

Mohd Puad berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet.

“Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion Empty Re: Lesen perguruan: Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion

Post by Admin Sat May 22, 2010 6:29 pm

NUTP tolak syor miliki lesen perguruan
2010/05/22


KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Pelajaran untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan seperti kerjaya profesional lain tidak sesuai dilaksanakan kerana memerlukan kos pengurusan tinggi.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata negara belum bersedia untuk mengamalkan perkara itu kerana masih ada perkara lain membabitkan pendidikan yang masih belum mencukupi, termasuk prasarana.

Katanya, mewajibkan guru mempunyai lesen bermakna perlu ada badan atau unit khas yang perlu memantau perjalanan kaedah itu, termasuk memastikan guru yang tiada lesen, kehilangan lesen atau lesen palsu.

“Keadaan ini memerlukan penguat kuasa di setiap negeri untuk memantau lebih 400,000 tenaga pengajar seluruh negara. Kira-kira 40 tahun lalu kerajaan memperkenalkan sistem sama yang dinamakan Buku Biru, tetapi dihentikan kerana kekangan ekonomi.

“NUTP berpendapat adalah lebih baik wang yang dicadangkan untuk membayar pekerja badan khas yang mengawal hal berkaitan lesen perguruan digunakan untuk memajukan bidang lain yang masih ketinggalan di sekolah terutama di luar bandar,” katanya di sini, malam tadi.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mencadangkan supaya mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Katanya, perkara itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana guru berada di bawah seliaan Kementerian Pelajaran berbanding Kanada yang memerlukan setiap daerah menentukan pemilihan guru.

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum