Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Pautan / Link / Notis
Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Eb442

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA... Selamat Hari Guru

--------------------------------

LINK BERGUNA
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR

FROG VLE

------------------------------
JPN Sabah
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
----------------------------

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

UPSR 2018... murid2 T6, bersedialah... jgn buang masa... selamat berjaya...

Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Icon_n13BILANGAN MURID
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Prasekolah : 200,684
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
JUMLAH : Lelaki *,***,*** & Perempuan *,***,***
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)
by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm

» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm

» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm

» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am

» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm

» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm

» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm

» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm

» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am

» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am

» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am

» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am

» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am

» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm

» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm

USEFUL LINKS
IKON SKTT
Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Berikanper Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Ikon_j10 Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Ikon_a11 Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Ikon_a12 Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Ikon_s12 Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Ikon_j10 Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Ikon_a11

Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan

Go down

Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Empty Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan

Post by Admin Thu Jan 24, 2013 5:27 pm

Sumber: http://muhammadlutfi.blogspot.com/2011/03/sikap-ibu-bapa-terhadap-guru-dan-dunia.html
Posted 9th March 2011 by lutfi

Belakangan ini saya memberikan perhatian terhadap beberapa isu pendidikan kerana ada beberapa peristiwa yang berkaitan langsung dengan isu ini. Sebagai contoh, baru-baru, ada seorang ibu yang menghantar surat kepada seorang guru di sekolah saya, sepanjang 4 halaman, hanya untuk menyalahkan guru tersebut. Saya berpeluang membaca surat tersebut. Setelah membaca surat tersebut, saya hanya terfikir, bagaimana seorang ibu boleh bersikap begini, dan melihat seorang guru (ustazah sebenarnya) tidak lebih daripada seorang yang mendapat gaji dan dengan gaji itu, mereka mesti memandaikan anak-anak mereka.

Oleh itu, saya kira, salah satu cabaran dalam pendidikan masa kini, datangnya dari sikap dan pemikiran ibu bapa yang berfikiran sekular dan menekankan keduniaan. Kerjaya pendidik sudah dihilangkan 'sisi spiritualnya'. Dengan menulis 4 halaman surat, tanpa selang, dan bersaiz 10 itu, dan menuduh dengan pelbagai tuduhan liar tanpa asas itu, ia adalah sesuatu yang keterlaluan.

Seorang anak-anak umpama lempung atau tanah liat. Sejak dilahirkan, sebelum menerima pendidikan formal di sekolah, sedikit sebanyak lempung ini telah dibentuk oleh ibu bapa. Selama 5 tahun, misalnya, apakah yang dilakukan oleh ibu bapa, sehinggakan apabila anak-anak mereka masuk ke tahun 1, untuk menghormati guru sendiri tidak tahu. Bagi saya, tugas pendidikan yang terawal, datangnya dari ibu bapa. Bukan dari guru-guru.

Namun, saya kita, jika diberikan kepercayaan, lempung yang sudah mempunyai bentuknya itu, masih boleh dibentuk jika ibu bapa memberikan kepercayaan kepada para guru. Masalahnya timbul apabila ibu bapa seolah-olah tidak percaya. Mereka lebih mempercayai anak-anak mereka, silempung yang belum menjadi bentuknya itu, daripada kejujuran seorang guru. Jadi, bagaimana seorang guru boleh melimpahkan ilmu di atas lempung yang tidak disediakan untuk menampung limpahan ilmu itu? Adakah ilmu akan lekat di atas lempung yang tidak berbentuk?

Saya tidak akan menerima jika guru dipersalahkan. Tidak ada dalam tradisi membenarkan guru-guru diperlekehkan sebegitu rupa. Malah, dengan jelas, jika kita tidak menyukai guru itu, atau ilmunya tidak serasi dengan kita, tradisi kita menyuruh kita meninggalkan guru itu. Cari guru yang lain. Bukannya datang dan menghambur guru-guru dengan penuh hinaan.

Hal ini sedikit sebanyak memperlihatkan cara ibu bapa zaman sekarang, berfikir. Mereka melihat guru itu sama tarafnya dengan kerja-kerja lain. Sama saja dengan pekerja kilang yang menjadi operator pengeluaran, biarpun yang ditadbir dan dibentuk oleh seorang guru ialah anak-anak. Jika seorang operator pengeluaran dinilai daripada pretasinya terhadap pengeluaran barang-barang, seorang guru kini dilihat setakat mena melahirkan pelajar yang cemerlang akademiknya. Jika seorang pelajar itu cemerlang akademiknya, tetapi tidak beradab, tidak mengapa. Itu tidak menjadi masalah, kerana ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang.

Ibu bapa juga memikirkan tugas guru sangat senang. Berbanding penjawat awam yang lain, guru-guru mempunyai masa bertugas yang paling pendek. Hanya enam jam sahaja. Sesiapa juga boleh menjadi guru. Bagi saya faham seperti ini memperlihatkan sejenis cara berfikir yang pendek dan tidak berhikmah. Memang guru-guru bekerja selama enam jam, tetapi selama enam itu, mereka berurusan dengan manusia. Dan manusia bukanlah robot. Dan tugas guru ialah tugas profesional dan mulia. Tidak semua orang boleh menjadi guru. Apabila ramai beranggapan semua orang boleh menjadi guru, kini lihat, apa yang berlaku terhadap profesion keguruan apabila dijadikan tempat untuk menyelamatkan ramai siswazah menganggur, yang bila menjadi guru, hanya menjadi penjawat awam yang makan gaji. Jika ibu bapa beranggapan menjadi guru itu mudah, sudah semestinya anak-anak mereka cukup beradab dan menghormati guru apabila disekolah. Jika mereka gagal mendidik anak-anak sejak kecil, mengapa mereka boleh berlagak di hadapan guru-guru seolah-olah mereka berjaya menjadi pendidik yang berjaya. Dalam hal ini, perlulah kita menghayati sikap adil yang ditekankan dalam pegangan agama kita. Jangan berlaku zalim.

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan Empty Re: Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan

Post by Admin Thu Jan 24, 2013 5:37 pm

Sekadar renungan bersama...

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum