STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)
Pautan / Link / Notis
--------------------------------
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR
FROG VLE
------------------------------
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 21 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 21 Guests None
Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm
» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm
» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm
» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am
» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm
» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm
» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm
» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm
» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am
» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am
» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am
» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am
» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am
» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm
» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm
USEFUL LINKS
IKON SKTT
5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR
Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau :: LOBI FORUM SK.TUARID TAUD :: KURIKULUM :: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) :: Berita / Pengumuman / Makluman / Gambar Berkaitan UPSR
Page 1 of 1
5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5muridTahunEnamditegahambilUPSR/Article
5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR
Oleh Safuri Kamarudin
bhnews@bharian.com.my
2011/09/29
LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi dan Mohd Zulfikar sedih selepas mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.
Dilarang ke sekolah pada 13 hingga 15 September kerana dianggap bodoh
BALING: Lima murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira, dekat sini, mengalami nasib sama seperti yang berlaku ke atas tiga murid sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini apabila dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan ini.
Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.
Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.
Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.
Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.
Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.
“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi.
“Anak saya turut mengalami tekanan perasaan dan sering murung apabila pihak sekolah terbabit tidak membenarkan dia mengambil peperiksaan itu,” katanya di sini sambil mendakwa beliau tidak tahu apa sepatutnya dilakukan apabila dimaklumkan perkara itu oleh anaknya sehinggalah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada media bersama
ibu bapa murid lain yang terbabit, semalam.
Seorang lagi waris, Raziah Yahya, 50, berkata beliau dikunjungi seorang guru sekolah berkenaan dan memaklumkan anaknya, Mohd Zulhilmi tidak perlu ke sekolah ketika UPSR itu berlangsung.
“Guru terbabit mendakwa jika anak saya mengambil peperiksaan itu, dia akan mendapat keputusan `E' sehingga menjejaskan peratus kelulusan sekolah.
“Dia juga mendakwa anak saya bodoh tidak boleh membaca, sedangkan Mohd Zulhilmi hanya lembam tetapi boleh membaca.
“Saya kasihan melihat sikapnya yang sering termenung dan mengasingkan diri sejak beberapa hari lalu, mungkin kerana malu dengan rakannya yang lain,” katanya.
Norziah Wateh, 42, ibu kepada Mohd Zulfikar pula berkata, anaknya itu menangis ketika pulang ke rumah selepas diarahkan guru supaya tidak datang ke sekolah mengambil peperiksaan itu.
“Dia amat sedih kerana cikgu mengatakan dia bodoh, selain diejek rakan sekelas,” katanya.
Mereka bagaimanapun belum membuat laporan polis.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan merujuknya kepada guru besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
“Saya masih menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu dan akan menyiasat dakwaan itu dengan telus,” katanya.
Pada 20 September lalu, akhbar melaporkan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Re: 5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR
Sekadar ulasan...
Sekadar pendpt peribadi...
- mmg tdk patut sekolah tersebut menghalang 5 org murid tersebut drpd menduduki upsr sb sbg murid t6, mereka mmg berhak utk mendudukinya...
- adalah salah bg mana2 guru menghalang murid2 drpd menduduki peperiksaan kecualilah mgkin jika ada penyebab lain spt murid telah tdk hadir sekolah dlm tempoh yg lama... atau nama tdk terdaftar dlm senarai calon yg layak menduduki peperiksaan... tp jika setakat melabel murid sbg 'bodoh' & gunakannya sbg alasan, mmg tdk wajar mereka dihalang drpd menduduki peperiksaan..
- perkara ini mgkin mencerminkan kepincangan sistem pendidikan kita yg mgkin kelihatan terlalu berorientasikan peperiksaan... serta 'desakan' atau tuntutan pihak2 terlibat kpd sekolah2 utk cemerlang dlm akademik... jika akademik cemerlang, diagung2kan, dicanang2kan, new deal... jika keputusan tdk baik, kena buat laporan kenapa... ini jelas dilihat drpd sistem ranking yg diwujudkan sekrng... ini menyebabkan sekolah2 'terdesak' (desperate) utk mencapai 'standard' yg dituntut oleh pihak2 berkenaan... sehinggalah sanggup melakukan apa shj spt kelas tambahan siang & malam, sepanjang tahun murid2 ikut kelas tambahan sj, murid dibebani dgn kerja2 rumah yg bertimbun sehingga hanya sedikit masa terluang utk berseronok spt beriadah & bermain, cuba mencari2 soalan2 ramalan yg mgkin keluar dlm exam (dan bukannya mengajar sehingga faham semua topik)... juga 'usaha' utk mendptkan soalan2 bocor exam (sb itu selalu berlaku soalan bocor spt yg disebut2 dlm media2 massa)... termasuklah juga spt kes yg berlaku di sk.telok sira ini...
- mgkin sebenarnya 'idea' utk menghalang murid2 drpd menduduki exam adalah idea bersama (pentadbir & guru2)... bgmanapun, besar kemungkinan guru besar akan mengatakan yg dia tdk tahu menahu & tdk terlibat dlm hal ini... maka tinggallah si guru yg menanggung 'segalanya'... si GB terlepas, si guru yg tdk lena tidur... kalau si GB mmg benar2 tdk terlibat, oklah... tp kalau mmg terlibat sama tp tdk mengaku terlibat, tdk ramai guru yg terlalu berani & berapi2 menyatakan yg mmg si GB juga terlibat... jd bayangkan 'kedudukan/situasi' si guru mcmana...
- jika difikir secara sepintas lalu, mgkin tiada yg rugi dlm hal ini... si murid hanya dinafikan hak menduduki upsr yg mmg dia akan gagal (jika betullah murid2 tersebut 'stupid' spt yg disebut dlm srtkbr)... juga perasaan kecewa & terkilan ibubapa kerana anak mereka tdk dibenarkan mengambil exam walaupun dgn kesedaran & tahu benar tahap pelajaran anak2 mereka... murid2 ini tetap akan naik ke smk juga... jd tdk timbul soal peluang mereka belajar tertutup terus akibat tdk dpt ambil exam...
- guru2 yg terlibat pula (biasanya guru2 tahun 6) & pentadbir... jelas ketara tdk berfikir panjang atau mengambil kira risiko2 yg mgkin akan dihadapi (spt kes terbongkar)... kerana terlalu mengejar prestasi, ahhh buat sjlah... terus usaha selama bertahun2 hancur begitu sj... maruah diri (dignity) diabaikan begitu sj...
- semua akan menuding jari kepd guru berkenaan... bukan setakat menteri2, pengarah, ppd, pentadbir... malah rakan2 guru di sekolah yg sama juga akan 'memuncung'kan bibir & menuding jari mempersalahkan si guru walaupun tdk terang2an... jauh sekali simpati atau turut sama mengambil tgjwb dlm hal yg berlaku... tp sebaliknya, jika keputusan upsr baik cemerlang, tiada seorgpun yg tdk akan 'claiming credit' atas kecemerlangan tersebut... semua berusaha utk 'memasukkan' cerita yg dia juga ada 'bahagian' dlm pencapaian prestasi cemerlang tersebut... paling kurangpun, "...mmg murid2 tu pandai2 & mudah faham ketika saya mengajar mereka di tahap 1 dulu..."
- mungkin sebenarnya si ibubapa pd mulanya tdk ambil kisah ttg hal ini sb maklum akan prestasi anak mereka... tp mesti ada 'desakan' atau 'tunjuk ajar' dr pihak2 tertentu yg konon sangat mengambil berat soal 'hak asasi'... si ibubapa maklum, si anak ambil atau tdk exam, sama shj...
- bila sebut ttg prestasi akademik pula, kena fikir apa faktor penyebab utama... org kata, pendidikan bermula dari rumah... jika betullah kenyataan ini, ibubapalah yg dimaksudkan... tgjwb ibubapa pd pendidikan anak2 dlm lingkungan 60-80%... pihak sekolah hanya cuba membantu utk menambah 'pendidikan' yg diberikan di rumah... jika di fikiran ibubapa pelajaran anak2 adalah tgjwb guru2 100%, maka ia adalah sangat salah & silap... kalau diturunkan kpd 85% pun masih juga tdk betul...
- setiap individu banyak melakukan kesilapan... berdasarkan kpd cerita, mmg si guru telah melakukan kesilapan... dan tdk sepatutnya begitu... itu kesilapan guru, bgmana dgn 'kesilapan' ibubapa yg tdk sepenuh hati mendidik & membimbing anak sehingga menyebabkan dia dikategorikan 'bodoh' (berdasarkan apa yg dinyatakan di srtkbr)? Agak mudah utk salahkan kumpulan guru... tp bgmana dgn ibubapa? Guru2 akui anak2 yg cemerlang besar disebabkan oleh didikan ibubapa di rumah... bgmana jika tdk cemerlang? atau lemah? bolehkah guru2 akui itu juga berpunca drpd ibubapa? Sebab jika faktor guru, bgmana dgn murid2 lain yg pandai2 & cemerlang akademik? Tiba2 pula ada beberapa org murid ini yg agak lemah, malah disebut bodoh?
- Guru2 adalah manusia juga, bermakna tdk lari drpd kesilapan & kelemahan... tdk spt robot yg diprogram, hanya lurus bendul tiada menyimpang selain melaksanakan apa yg diprogramkan dlm chipnya. Kerana murid 'lemah', si guru terfikir idea bgmana utk tingkatkan peratusan keputusan upsr dgn menghalang murid2 ini drpd menduduki upsr yg baru lalu... mgkin guru ini bersendirian, atau beberapa org, atau mgkin juga idea bersama dgn pentadbir... & mgkin 'teknik' begini sdh beberapa tahun dilakukan & selama ini ok sj tiada masalah...
- Bila difikir2, memandangkan guru ini manusia & bukannya diprogramkan, maka timbullah juga sikap 'halo' (satu istilah pendidikan) yg menyebabkannya 'melayan dgn baik' murid2 yg ok, ttp tdk berapa 'melayan' murid2 yg tdk ok... ini biasa berlaku... polis kita hormat, tp peminta sedekah kita tengok pun tdk... doktor kita beri senyuman, tp pekerja yg menyapu lantai tdkpun kita hiraukan... sdgkan entah2 si peminta sedekah yg berhati lebih mulia... berbalik kpd kesan 'halo' tadi, ini berlaku kerana perbezaan prestasi akademik antara murid2, ada yg ok, ada yg sederhana ok, malah ada yg langsung tdk ok... jd mmg lumrah guru akan lebih cenderung memberi layanan lebih baik kpd murid2 yg ok... bg murid yg ok, guru pastikan mereka hadir exam, pd yg tdk ok, mgkin guru berharapan yg murid2 ini terlupa & tdk hadir langsung... kesimpulan di sini, walaupun mgkin tdk 'betul', tp itulah 'keistimewaan' yg akan diperoleh jika akademik anak ok...dan itu jugalah 'keburukan' kalau akademik anak tdk ok... bermakna, kita kena terima yg ok akan mendpt keistimewaan, yg tdk ok besar peluang tdk akan mendpt keistimewaan... keistimewaan di sini tdk merujuk kpd pelajaran shj tp dlm apa sj... atas sb itu, sbg ibubapa yg bertgjwb (kalaulah bertgjwb spt yg sepatutnya), didiklah & bimbinglah anak2 betul2 supaya akademik mereka ok & mendpt keistimewaan kesan 'halo' ini... jgn tdk bimbing tdk didik, tp terhegeh2 pula meminta anak diberi keistimewaan sama dgn anak2 lain yg ok2... kecuali jika si anak tdk ok disebabkan masalah kesihatan, maka lain ceritalah... kena ingat, kita berurusan dgn guru2 yg manusia biasa juga, yg ada sikap 'pilih kasih' atau berat sebelah, sama ada mereka sedar atau tdk... & bukannya robot yg telah dimasukkan chip berprogram... terimalah hakikat, murid yg ok akan mendpt keistimewaan lebih drpd murid yg tdk ok... tau kenapa? sb kita berurusan dgn manusia & bukannya robot... kalaulah 5 murid yg disebut dlm kes ok dlm pelajaran, tdklah si guru dtg ke rumah mengatakan yg mereka tdk perlu hadir exam... itulah antara 'ketidakistimewaan' yg akan diperoleh bila tdk ok dlm pelajaran... setuju atau tdk, itulah hakikatnya, bukan setakat di zaman persekolahan, tp di sepanjang hidupnya...
Sekadar pendpt peribadi...
Similar topics
» Penyampaian slip upsr kpd murid -17nov2016
» murid habis tahun enam
» Gelagat Murid-Murid Tahun 6 Harapan Sewaktu Peperiksaan Semester 1 2010
» Rekod Murid Cemerlang UPSR 5A
» 3 murid dikurung ketika UPSR
» murid habis tahun enam
» Gelagat Murid-Murid Tahun 6 Harapan Sewaktu Peperiksaan Semester 1 2010
» Rekod Murid Cemerlang UPSR 5A
» 3 murid dikurung ketika UPSR
Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau :: LOBI FORUM SK.TUARID TAUD :: KURIKULUM :: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) :: Berita / Pengumuman / Makluman / Gambar Berkaitan UPSR
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum