STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)
Pautan / Link / Notis
--------------------------------
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR
FROG VLE
------------------------------
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 18 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 18 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm
» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm
» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm
» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am
» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm
» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm
» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm
» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm
» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am
» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am
» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am
» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am
» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am
» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm
» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm
USEFUL LINKS
IKON SKTT
Rakyat bantah Jabatan Pelajaran Labuan digabung
Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau :: SELAMAT DATANG :: Pengumuman / Makluman / Maklumat / Info / Berita / Pekeliling / Perintah Am
Page 1 of 1

11th July, 2010
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/40399
LABUAN: Rakyat Labuan sekali lagi membantah cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menggabungkan Jabatan Pelajaran Labuan dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan sekaligus mengecilkan statusnya dari sebuah Jabatan kepada Pejabat.
Tindakan itu di lihat sebagai satu tindakan memperkecilkan kewibawaan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang bertaraf negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan (pindaan) semasa penubuhan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun1984.
Beberapa pemimpin Umno termasuk pemimpin masyarakat di sini kecewa dengan tindakan KPM yang memperkecilkan
kewibawaan Jabatan Pelajaran Labuan yang selama ini telah banyak mencapai kejayaan bukan saja di peringkat negeri, malah mengukir nama di peringkat kebangsaan.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan, Mohd Rafi Ali Hassan, berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu melihat lebih jauh ke hadapan, kerana cadangan untuk mengecilkan status Jabatan Pelajaran Labuan boleh mengundang pelbagai taksiran oleh masyarakat setempat yang akhirnya membawa impak yang besar pada Pilihan Raya Umum ke 13.
Katanya, tindakan mengecilkan status Jabatan Pelajaran Labuan adalah bertentangan dengan janji-janji kerajaan Persekutuan ketika mahu menaik taraf Labuan daripada sebuah daerah kepada Wilayah Persekutuan yang bertaraf negeri.
Rafi berkata, cadangan KPM untuk menggabungkan Jabatan Pelajaran Labuan dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan yang membabitkan Putrajaya dan Kuala Lumpur bagi menjimatkan kos kementerian adalah kurang wajar.
“Jarak Labuan yang jauh dengan Kuala Lumpur akan menambah bebanan kepada ibu bapa pelajar kerana terpaksa mengeluarkan kos yang lebih besar untuk berurusan dengan Jabatan Pelajaran yang berpusat di Kuala Lumpur, ini kerana Pejabat Pelajaran Labuan yang hanya meletakkan seorang Timbalan Pengarah tidak mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan.
“Sudah tentu sebarang keputusan yang kritikal tidak dapat di buat oleh Timbalan Pengarah melainkan di rujuk kepada Pengarah dan ini sudah pasti pelajar-pelajar Labuan bukan saja lewat untuk mendapat keputusan tetapi juga menyebabkan berlakunya kecairan maklumat yang merugikan ibu bapa pelajar” katanya.
Turut sama membantah cadangan itu ialah Setiausaha Umno Bahagian Labuan, Rozman Datuk Isli, yang menganggap tindakan untuk mengecilkan status jabatan itu untuk digabungkan dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan adalah keputusan yang tidak pernah di impikan oleh rakyat Labuan.
Apakah rasionalnya KPM mahu menggabungkan Jabatan pelajaran Labuan sehingga ke tahap itu katanya, sepatutnya
Jabatan Pelajaran Labuan yang sudah dinaik taraf daripada sebuah pejabat (ketika dibawah kerajaan negeri Sabah) kepada Jabatan semasa diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan sewajarnya pengiktirafan itu ditingkatkan sejajar dengan perkembangan semasa dan bukannya di kecilkan statusnya.
“Kita mahu melihat Jabatan Pelajaran Labuan terus dipertingkatkan dan bukannya diturunkan statusnya …. dan tindakan KPM ini tidak mencerminkan kehendak Kementerian Wilayah Persekutuan yang mahu melihat Labuan maju dan sejahtera menjelang tahun 2015,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan KPM itu akan membawa masalah besar kepada kesejahteraan rakyat Labuan kerana tindakan kerajaan yang memperkecilkan tanggungjawab Jabatan Pelajaran Labuan yang 80 peratus ratus kakitangannya merupakan penyokong kuat kerajaan.
Katanya, dari sudut politik, rakyat Labuan sudah pun menganggap isu ini sebagai isu negatif yang boleh memberikan ‘sumbangan’ kepada parti pembangkang untuk dijadikan modal percaturan mereka pada PRU ke 13 nanti.
Malah katanya, sudah kedengaran kelompok rakyat Labuan yang suatu ketika dulu membantah penyerahan Labuan kepada Wilayah Persekutuan mula memalu gong kerana apa yang mereka khuatirkan dulu sudah menjadi kenyataan.
Dari sudut lain katanya, rakyat Labuan masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain di Semenanjung, justeru itu adalah menjadi harapan kepada beliau supaya status Jabatan pelajaran Labuan dikekalkan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua Kampung Wilayah Persekutuan Labuan, Alias Husin, turut menentang tindakan KPM kerana mengenepikan pandangan rakyat tempatan dalam membuat keputusan.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda Umno dan Setiausaha Umno Bahagian Labuan yang khuatir tindakan KPM itu akan membawa impak yang besar dalam senario politik di pulau ini.
“Tindakan itu bukan saja akan memberi impak yang besar terhadap 1,500 kakitangan jabatan itu, tetapi juga kepada rakyat Labuan secara keseluruhannya yang tidak berpuas hati, dan jika ia tidak ditangani dengan bijak boleh menyumbang kepada senario politik di pulau ini,” katanya.
Dalam waktu yang sama katanya, peluang untuk mendidik dan melahirkan anak tempatan sebagai modal insan yang setaraf dengan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya tidak akan kesampaian.
Sementara itu, beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO’s) di pulau ini turut melahirkan bantahan yang sama, malah kedengaran oleh beberapa individu dalam persatuan itu bagi menentang habis-habisan termasuk mengadakan ‘piket’ untuk mendesak kerajaan mengekalkan semula status Jabatan Pelajaran itu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, turut menyuarakan bantahannya kepada kerajaan melalui Dewan Rakat, selain menghantar surat rayuan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya status pangabungan itu ditarik balik.
Sementara itu, Perwakilan Mesyuarat Umno Bahagian Labuan yang bermesyuarat hari ini (Ahad) dijangka akan turut mengusulkan isu Jabatan pelajaran Labuan untuk dibahaskan dalam persidangan itu untuk disokong dan dibawa ke Persidangan Umno Kebangsaan pada Oktober depan.

Re: Rakyat bantah Jabatan Pelajaran Labuan digabung
Majlis Gerakan Pengguna Labuan turut bantah penggabungan Jabatan Pelajaran
15th July, 2010
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/40550
LABUAN: Isu pengabungan Jabatan Pelajaran Labuan yang diserapkan dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan seperti yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terus mendapat bantahan pelbagai pihak di sini dan yang terbaru ialah Majlis Gerakan Pengguna Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengerusinya, Fauziah Datuk Mohd Din berkata, kedudukan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan semakin tercabar apabila tindakan KPM mengabungkan Jabatan Pelajaran Labuan dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dengan menarik balik status Jabatan Pelajaran Labuan yang bertaraf negeri kepada sebuah pejabat yang hanya berstatus daerah.
Katanya, tindakan ini amat bertentangan dengan perlembangaan ketika Labuan di istiyarkan sebagai Wilayah Persekutuan yang bertaraf sebuah negeri disamping membelakangkan hasrat kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini.
“Labuan yang bertaraf sebagai Wilayah Persekutuan seharusnya lebih membangun dan menerima pengiktirafan dan bukan hanya dijadikan sebagai alat kajian oleh kerajaan Persekutuan untuk mencari sesuatu formula pentadbiran yang terbaik bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan yang di emailkan kepada New Sabah Times di sini, kelmarin.
Fauziah yang juga Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, turut mempersoalkan tindakan itu yang dilihatnya seolah-olah Labuan tidak lagi layak di tadbir secara bersendirian sehingga memberi alasan mudah kononnya penggabungan itu untuk menjimatkan kos serta memudahkan pengoperasian kementerian.
Namum KPM tidak sedar apa yang dilakukan ini katanya, telah memberikan kesulitan kepada warga Labuan terutamanya
golongan ibu bapa pelajar yang terpaksa menunggu sesuatu keputusan agak lambat kerana ia terpaksa dirujuk ke pusat, malah tidak dapat dinafikan akan berlaku para ibu bapa membelajakan wang ringgit yang besar untuk ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan keputusan segera berkaitan dengan masalah anak-anak mereka.
Katanya lagi, pengabungan Jabatan Pelajaran Labuan dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan perlu ditentang dan dibantah oleh warga Labuan bagi memastikan kebajikan guru-guru dan pelajar serta ibu bapa terus terjamin dan terpelihara.
“Jika ini terus direalisasikan oleh KPM maka ia sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada kerajaan yang memerintah hari ini… kita bimbang rakyat Labuan yang sebelum ini telah memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan akan secara perlahan-lahan terhakis dan hilang kepercayaan yang akhirnya diambil kesempatan oleh pihak pembangkang,” katanya.
Justeru itu, beliau berharap isu Jabatan Pelajaran Labuan ini akan dapat diselesaikan dengan mengekalkan statusnya, apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddin Yassin mengadakan lawatan ke pulau ini pada 22 Julai ini.
“Kita berharap akan ada pengumuman yang menggembirakan untuk warga Labuan khususnya golongan ibu bapa dan pelajar oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Mahyuddin Yassin semasa lawatannya itu nanti,”katanya.
Pada Ahad lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Labuan telah memberi jaminan kepada warga Labuan bahawa masalah itu akan di sampaikan kepada pengetahuan Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddin Yassin supaya status jabatan itu dikekalkan demi kepentingan warga Labuan.
Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau :: SELAMAT DATANG :: Pengumuman / Makluman / Maklumat / Info / Berita / Pekeliling / Perintah Am
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum