Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Pautan / Link / Notis
NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Eb442

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA... Selamat Hari Guru

--------------------------------

LINK BERGUNA
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR

FROG VLE

------------------------------
JPN Sabah
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
----------------------------

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

UPSR 2018... murid2 T6, bersedialah... jgn buang masa... selamat berjaya...

NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Icon_n13BILANGAN MURID
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Prasekolah : 200,684
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
JUMLAH : Lelaki *,***,*** & Perempuan *,***,***
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)
by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm

» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm

» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm

» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am

» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm

» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm

» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm

» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm

» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am

» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am

» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am

» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am

» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am

» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm

» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm

USEFUL LINKS
IKON SKTT
NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Berikanper NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Ikon_j10 NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Ikon_a11 NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Ikon_a12 NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Ikon_s12 NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Ikon_j10 NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Ikon_a11

NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS

Go down

NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS Empty NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS

Post by Admin Thu Feb 13, 2014 12:41 pm

Peningkatan perbuatan ponteng sekolah dan sikap tidak acuh di kalangan pelajar sekolah ketika mengikuti pembelajaran di sekolah adalah antara alasa mengapa kesatuan guru kebangsaan mahu sistem penilaian baharu pelajar dimansuhkan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tidak ada seorang pun daripada 180,000 ahlinya di seluruh negara yang mendapati Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mempunyai ciri positif sejak ia dimulakan tiga tahun lalu.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata PBS terlalu asing bagi budaya pendidikan pelajar Malaysia yang suka jika perkembangan mereka diukur dengan pencapaian A, B dan C.

Pendirian kesatuan itu dijangka menambah tekanan kepada Putrajaya yang membuat keputusan untuk menyemak semula sistem itu, yang dilaksanakan kepada pelajar tingkatan satu dan dua serta murid darjah satu.

Keputusan Putrajaya untuk menyemak semula sistem itu dibuat selepas menerima tekanan daripada kumpulan guru, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dikatakan akan mengadakan bantahan pada 22 Februari untuk mendesak PBS dimansuhkan.

Walaupun NUTP tidak bersetuju dengan rancangan SGMM, Hashim berkata, desakan mereka adalah sama.
“Dengan PBS, tidak ada makna lagi untuk ke sekolah,” katanya merujuk kepada PBS yang tidak merangkumi peperiksaan tahunan tetapi lebih kepada penilaian harian.

Beliau berkata, pada asasnya pelajar dinilai menerusi penilaian harian, sama ada mereka lulus atau gagal sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada spectrum enam band. Ia bermula daripada band satu “faham” (paling bawah) kepada band enam (paling tinggi).

Hashim berkata, pelajar yang mendapat band satu dianggap lulus tetapi tidak secemerlang pelajar yang memperolehi band enam.

Ini berbeza daripada sistem penggredan hirarki yang lama iaitu pencapaian pelajar A hingga F dipisahkan berdasarkan kepada siapa cemerlang dalam mata pelajaran tertentu.

“Pelajar kita masih mahu berusaha untuk mendapat markah 90% atau 95%. Apabila mereka tidak diberi peluang, mereka rasa apa gunanya belajar? Apa beza antara saya dengan budak lain?

“Guru pula kemudian berdepan dengan masalah untuk memotivasikan pelajar untuk memberi tumpuan dalam kelas kerana pelajar mudah bosan.

“Pelajar juga tidak peduli untuk datang ke kelas kerana mereka rasa tidak perlu diberi gred,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Selasa, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kementerian menyemak semula PBS susulan daripada lambakan aduan yang diterima daripada guru.

PBS dilaksanakan –ada 2011 bermula dengan pelajar tingkatan satu. Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menghasilkan pelajar yang lebih holistik, bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran.

Ramai guru mengadu mengenai kekaburan sistem gred enam band itu dan keperluan mengisi data penilaian pelajar setiap hari ke dalam sistem komputer berpusat.

Kesesakan dalam jaringan komputer berpusat itu menyebabkan guru terpaksa bangun awal dinihari untuk memasukkan data pelajar iaitu ketika ia tidak sesak.

“Jika seorang guru mempunyai 160 pelajar, maka penilaian 160 individu perlu dibuat setiap hari,” katanya.
Terdahulu, SGMM mendakwa kelemahan dalam sistem PBS di Malaysian menyebabkan banyak sekolah berpatah balik kepada sistem peperiksaan tahunan untuk menjejak pencapaian pelajar.

SGMM mahu sistem itu dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan kepada pelajar tingkatan tiga tahun ini yang akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Mereka bimbang kelemabah dalam pelaksanaannya dan keseluruhan kekeliruan di kalangan majoriti guru dan pentadbir sekolah mengenai kaedah melaksanakan PBS akan memberi kesan kepada PMR pelajar tingkatan tiga.

Hashim berkata, penekanan kepada sekolah secara individu untuk menaksir pelajar sendiri bertentangan dengan pemeriksa luar seperti dalam kes sistem lama, dan ini akan membuka kepada ruang untuk memanipulasi keputusan PMR.
“Setakat ini, tidak ada garis panduan daripada kementerian untuk jawapan standard dalam PMR.

“Tidak ada guru atau sekolah mahu sekolah mereka dilihat sebagai ketinggalan. Jadi, apabila tiba masa peperiksaan, apa yang boleh menghalang mereka daripada meluluskan semua pelajar?

“Memandangkan guru mengawal penilaian dan pentaksiran, mereka boleh memberitahu pelajar apa soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan,” katanya. – 13 Februari, 2014.

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum