Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Pautan / Link / Notis
60,000 pelajar kita ketagih FB Eb442

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA... Selamat Hari Guru

--------------------------------

LINK BERGUNA
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR

FROG VLE

------------------------------
JPN Sabah
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
----------------------------

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

UPSR 2018... murid2 T6, bersedialah... jgn buang masa... selamat berjaya...

60,000 pelajar kita ketagih FB Icon_n13BILANGAN MURID
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Prasekolah : 200,684
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
JUMLAH : Lelaki *,***,*** & Perempuan *,***,***
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 34 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 34 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)
by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm

» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm

» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm

» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am

» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm

» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm

» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm

» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm

» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am

» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am

» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am

» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am

» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am

» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm

» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm

USEFUL LINKS
IKON SKTT
60,000 pelajar kita ketagih FB Berikanper 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_j10 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_a11 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_a12 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_s12 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_j10 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_a11

60,000 pelajar kita ketagih FB

Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin Mon Oct 10, 2011 7:54 pm

60,000 pelajar kita ketagih FB
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmahbharian.com.my
2011/10/10
Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia.

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.

“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin Mon Oct 10, 2011 8:05 pm

itu berkenaan pelajar sekolah... bgmana pula dgn org dewasa? Very Happy nampak mcm ramai yg ketagih juga... Very Happy

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum