STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Pautan / Link / Notis

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA... Selamat Hari Guru

--------------------------------

LINK BERGUNA
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR

FROG VLE

---------------------------------------------------------
JPN Sabah
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
---------------------------------------------------------

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

UPSR 2016... murid2 T6, bersedialah... jgn buang masa... selamat berjaya...

BILANGAN MURID
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Prasekolah : 200,684
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
JUMLAH : Lelaki *,***,*** & Perempuan *,***,***
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 307 on Fri Feb 19, 2016 8:56 pm
Latest topics
» pertandingan mmbca (17jan2017)
by nursabrina Thu Aug 10, 2017 11:20 am

» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am

» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am

» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am

» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Tue Feb 14, 2017 8:07 am

» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm

» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm

» Adik Devra David -Juara Karnival Merentas Desa Zon Pedalaman 2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 8:22 pm

» Program e-Jadual Waktu Sekolah Rendah
by Admin Sun Dec 04, 2016 12:40 am

» Bengkel Pengurusan Panitia -17nov2016
by Admin Wed Nov 23, 2016 9:57 am

» Majlis perjumpaan dgn ibubapa murid tahun 5 (17nov2016)
by Admin Wed Nov 23, 2016 9:53 am

» Mesyuarat Kurikulum SKTT -21nov2016
by Admin Mon Nov 21, 2016 7:02 pm

» Hari Kanak-Kanak SKTT -18nov2016
by Admin Mon Nov 21, 2016 2:54 pm

» Penyampaian slip upsr kpd murid -17nov2016
by Admin Sat Nov 19, 2016 3:37 pm

» Penyerahan sumbangan kpd adik Elvira Edward (UPSR 2015 5A) -29ogos2016
by Admin Sun Sep 18, 2016 2:28 pm

USEFUL LINKS
IKON SKTT

Penamatan Perkhidmatan SchoolNet

View previous topic View next topic Go down

Penamatan Perkhidmatan SchoolNet

Post by Admin on Fri Mar 04, 2011 4:50 pm

Penamatan Perkhidmatan SchoolNet

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui suratnya KP(KSU)001/10 bertarikh 29 Disember 2010 telah memaklumkan bahawa perkhidmatan rangkaian internet di sekolah-sekolah di bawah KPM 2011 telah ditamatkan mulai 31 Disember 2010. Berikut ialah panduan daipada KPM untuk pemasangan talian internet berikutan penamatan kontrak SchoolNet tersebut.

GARIS PANDUAN PEMASANGAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH YANG MENGGUNAKAN PERUNTUKAN KERAJAAN

1. Pemilihan, Pendaftaran dan Pemasangan

a) Pihak Sekolah bertanggungjawab untuk memilih dan melantik Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta Pengurusan dan Pentadbiran (P&T) di Sekolah.
b) Semua urusan berkaitan penyediaan perkhidmatan internet termasuklah permohonan dan pendaftaran adalah di bawah
tanggungjawab pihak sekolah dan ISP yang telah dipilih.
c) Pemilihan ISP adalah berdasarkan kepada perkhidmatan dan pakej terbaik kepada pengguna.
d) Jangka masa pendaftaran dan pemasangan adalah mengikut tarikh yang difikirkan sesuai dan sekolah bertanggungjawab dalam memastikan pemasangan dibuat dengan betul dan mengikut terma yang telah dipersetujui antara Sekolah dan ISP.
e) Pemasangan Peralatan boleh dibuat samada di pejabat atau di makmal komputer sekolah atau di mana - mana yang difikirkan sesuai oleh sekolah untuk disambung dengan persekitaran Rangkaian Dalaman Setempat (LAN) di sekolah.
f) Pemilihan lokasi pemasangan adalah mengikut kesesuaian pihak sekolah dengan berasaskan kepada tujuan untuk Pengajaran dan Pembelajaran serta Pentadbiran dan Pengurusan sekolah.

2. Status Perkhidmatan Sedia Ada Di Sekolah
a) Bagi Sekolah yang ingin mengekalkan pekhidmatan dengan Pembekal Perkhidmatan Internet sedia ada iaitu GITN, urusan pembaharuan adalah dibuat sendiri oleh pihak sekolah.
b) Bagi Sekolah yang telah memiliki atau melanggan perkhidmatan internet selain dari pihak GITN, Sekolah boleh meneruskan perkhidmatan tersebut atau boleh memilih untuk melanggan perkhidmatan baru dengan syarat tidak melebihi peruntukan dan kelajuan yang telah dihadkan.

3. Had Pemilihan Kelajuan Lebar Jalur (bandwidth)
a) Sekolah boleh melanggan kelajuan lebar jalur atau kemudahan internet sehingga berkelajuan 8Mbps bergantung kepada infrastruktur lebar jalur yang disediakan di kawasan masing-masing atau kelajuan maksimum yang ditawarkan oleh pihak ISP berdasarkan kepada had maksimum RM600.00 sebulan. Pihak Sekolah juga tidak boleh menggunakan lebihan peruntukan untuk tujuan lain.
b) Bagi sekolah yang terletak di kawasan yang mempunyai kemudahan Infrastruktur Fibre to the School (FTTS) atau yang apa-apa teknologi seumpamanya seperti di zon Pulau Pinang, Lembah Kelang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, keupayaan lebar jalur yang dibenarkan melanggan adalah 10Mbps dan tertakluk kepada had maksimum RM600.00 sebulan.
c) Bagi Sekolah-sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan teknologi FTTS sedia ada dengan pihak GITN, maka peruntukan akan diberikan berdasarkan kepada kos sebenar sedia ada.

4. Aspek Keselamatan
a) Sekolah bertanggungjawab menyediakan garis panduan kepada pengguna di sekolah.
b) Aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab sekolah meliputi aspek berikut:
i. Keselamatan perkakasan;
ii. Keselamatan data dan maklumat;
iii. Tatacara penggunaan dan akses ke internet;
iv. Virus, pencerobohan dan ancaman keselamatan siber;
v. Etika dan tatacara penggunaan internet;
vi. Penyambungan ke rangkaian dalaman atau ke komputer lain;
vii. Keselamatan internet secara pakej hendaklah diberi keutamaan.
viii. Kata kunci keselamatan adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah; dan
ix. Mana-mana aspek yang menimbulkan keraguan, pihak sekolah boleh melihat dan mendapatkan maklumat lebih terperinci
dalam garis panduan yang boleh dimuat turun melalui laman http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/guideline/

c) Pihak Sekolah hendaklah memastikan agar Sekolah tidak terikat dengan apa-apa kontrak yang boleh memberi kesan negatif atau implikasi perundangan sehingga menjejaskan nama baik kerajaan.

5. Peruntukan dan Lain-lain
a) Pembayaran hendaklah mengunakan peruntukan pecahan objek pembayaran utiliti sekolah.
b) Peruntukan yang diagihkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah untuk tempoh maksimum satu (1) tahun sahaja bermula Januari 2011 sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
c) KPM melalui JPN akan menurunkan peruntukan tambahan ke semua sekolah berstatus Pusat Tanggung Jawab (PTJ) bagi tujuan perkhidmatan internet
d) Bagi sekolah yang bukan berstatus PTJ, pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan membuat pembayaran berdasarkan kepada bil internet berkenaan.
e) Peruntukan bagi perkhidmatan internet yang diagihkan adalah bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan sambungan ke internet sahaja manakala kos-kos lain yang terlibat khususnya pembelian perkakasan atau peralatan adalah tidak termasuk dalam pakej ini.

Admin
Admin

Posts : 7916
Join date : 2009-10-02

View user profile http://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum