Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
STAF SKTT
Updated: 17 August 2016 (jumpa Admin jika ingin tukar gambar)

Pautan / Link / Notis
PANITIA MATA PELAJARAN Eb442

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA... Selamat Hari Guru

--------------------------------

LINK BERGUNA
Keputusan Ujian/Peperiksaan
Konsep TDF-UK-J
Koleksi Soalan
Portal Cikgu M
Ruang Undian
SPL KPM @ SPLG
EMiS
Sukatan Pelajaran
SAPS
e-Operasi
e-Perlu
APDM
SPPBS
KPM @ MOE
SPS
e-Pangkat
e-Cerap JPN Sabah
HRMIS 1.0 (IE only)
HRMIS 2.0 (all browsers)
SGM
e-Nazir
e-GTukar
Sarana Ibubapa/Sekolah
SSQS
i-THINK
Markah Kerja Kursus UPSR

FROG VLE

------------------------------
JPN Sabah
PKG Keningau
e-Penyata Gaji
SPP
Sabah Edu.Net
NKRA
Edu.Web.TV
Biro Pengaduan Awam
Semak Naik Pangat
PTK
e-Hasil
e-VETTING
CUEPACS
NUTP
Bhg.Pinj.Perumahan
----------------------------

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

UPSR 2018... murid2 T6, bersedialah... jgn buang masa... selamat berjaya...

PANITIA MATA PELAJARAN Icon_n13BILANGAN MURID
-data 31 Mei 2016
--------------------------------
* Prasekolah : 200,684
* Rendah : 2,685,403
* Menengah : 2,188,525
JUMLAH : Lelaki *,***,*** & Perempuan *,***,***
5,074,612 Jadi, bayangkan bgmana sengitnya persaingan yg akan berlaku nt...
Who is online?
In total there are 23 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 23 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 546 on Wed Apr 28, 2021 1:26 pm
Latest topics
» Projek tambahan bangunan baru SKTT (mula 24feb2018)
by Admin Sat Mar 17, 2018 9:26 pm

» MTQ ZON BANDAR 2018
by NAIMEH Wed Mar 07, 2018 12:44 pm

» Adik Aimi ke-3 NILAM peringkat daerah Keningau (25/2/2018)
by Admin Mon Feb 26, 2018 6:58 pm

» SKTT Juara Bolasepak Zon Bingkor (22feb2018)
by Admin Fri Feb 23, 2018 9:54 am

» SKTT Tuan Rumah Pertandingan Pidato & Public Speaking Zon Bingkor (21feb2018)
by Admin Thu Feb 22, 2018 10:26 pm

» Immersion camp (coding@schools) 9-12okt2017
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:25 pm

» Majlis Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 (23nov2017)
by Admin Fri Nov 24, 2017 1:02 pm

» Selamat datang... staf baru SKTT
by Admin Mon Oct 09, 2017 10:00 pm

» Guru pelatih (internship) : 31julai-25ogos2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:20 am

» Guru pelatih (internship) : 6feb-5mei2017
by Admin Wed Sep 27, 2017 9:14 am

» Murid SKTT dlm pertandingan bola jaring peringkat daerah Keningau -mac2017
by Admin Mon Apr 03, 2017 8:52 am

» Taklimat & Bengkel SKPMg2 SKTT (17mac2017)
by Admin Mon Mar 27, 2017 9:58 am

» Guru Pelatih PBS (13-17mac2017) *group Ain Azzwa
by Admin Mon Mar 27, 2017 8:55 am

» Frans
by Admin Tue Feb 07, 2017 11:43 pm

» Teknik Belajar Berkesan & Jadual Belajar -19jan2017
by Admin Mon Jan 23, 2017 9:17 pm

USEFUL LINKS
IKON SKTT
PANITIA MATA PELAJARAN Berikanper PANITIA MATA PELAJARAN Ikon_j10 PANITIA MATA PELAJARAN Ikon_a11 PANITIA MATA PELAJARAN Ikon_a12 PANITIA MATA PELAJARAN Ikon_s12 PANITIA MATA PELAJARAN Ikon_j10 PANITIA MATA PELAJARAN Ikon_a11

PANITIA MATA PELAJARAN

Go down

PANITIA MATA PELAJARAN Empty PANITIA MATA PELAJARAN

Post by Admin Tue Feb 18, 2014 8:24 pm

Panitia Mata Pelajaran


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986
Panitia Mata Pelajaran


Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2.    Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3.    Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat

3.1 Latarbelakang

Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.

Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekepan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka  dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah  bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

3.2 Struktur dan Organisasi

3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.)

3.2.3 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik  sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah

3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.

3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada  untuk untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman

3.2.5  Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

3.3  Tujuan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran:
3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran

3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran

3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik

3.4  Peranan Panitia

Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

3.4.1  Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;

3.4.2  Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat  sumber sekolah;

3.4.5  Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan;

3.4.6  Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;

3.4.7  Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan  mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu;

3.4.8  Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara froamal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;

3.4.9  Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus  atau seminar dengan ahli-ahli lain;

3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;

3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat  dan rekod-rekod yang berkenaan.

Admin
Admin

Posts : 7941
Join date : 2009-10-02

https://sktuaridtaud.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum